Tuesday, January 20, 2009

Kebakaran Di Jalan Tunku Abdul Rahman

Sebelum Mane2 press kuarkan brite ni, baik aku kuarkan dulu.. muahaha.. ok berita terkini.. light, camera, action...

salam hormat, ini berita yang baru kami terima. kira-kira jam 9.30 mlm waktu malaysia, terdapat kebakaran yang berlaku di jalan tunku abdul rahman. kebakaran yang mulanya kecil menjadi besar kerana kelewatan pasukan bomba dan penyelamat. kita ke lokasi bersama fikrifayi, wartawan di tempat kejadian...

terima kasih penyampai di studio. pada mulanya cuma asap yang berkepul-kepul menyelubungi jalan tar. saya tertanya-tanya apekah yang berlaku. apabila melintasi tempat kejadian, api mula marak... org ramai hanya mampu melihat dari jauh dan ade juga warga yang berani, dipercayai bukan warga malaysia mahupun kuala lumpur menghampiri tempat kejadian. meraka yang hanya melihat sambil menelefon ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan kejadian tidak berusaha untuk memadamkan api sebaliknya menonton dan merakam kejadian tersebut dengan menggunakan telefon bimbit. tidak lame kmudian bomba dan polis pon sampai dan api dapat dikawal. tiada mangsa yang dilaporkan cedera dan punca kejadian masih disiasat. kejadian telah meranapkan beberape kedai gunting rambut zaman pra sejarah dan kedai-kedai tudung. jumlah kerugian masih disiasat... kembali ke studio...

begitulah berita terkini kite, salam hormat dan assalamualaikum...

*ikuti siaran akan datang untuk berite lanjut

1 comment:

click here to visit full site